Ribut Senyar melemah, orang ramai masih diingatkan berjaga-jaga

November 28, 2025 · Isu semasa

Ribut Tropika Senyar yang melanda pantai barat Semenanjung Malaysia awal pagi ini telah menunjukkan tanda-tanda melemah.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada memandangkan hujan berterusan masih diramalkan di beberapa kawasan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, ribut yang semakin lemah itu kini sedang bergerak ke arah negeri Pahang.

“Senyar melanda daratan sekitar jam 1 pagi antara Banting dan Port Dickson sebelum melemah ketika bergerak merentasi kawasan pedalaman,” ujarnya dipetik laporan media.

Namun, Dr. Hisham berkata walaupun telah melemah, kesan sisa ribut itu masih berpotensi membawa hujan dari semasa ke semasa.

“Walaupun ia telah melemah, peredaran sisa ribut itu masih berpotensi membawa hujan dari semasa ke semasa,” katanya sambil menambah MetMalaysia akan terus memantau pergerakan sistem tekanan rendah itu dan akan mengeluarkan kenyataan sekiranya terdapat perkembangan lanjut.

Beberapa negeri masih berada di bawah amaran hujan lebat berterusan.

Antara kawasan yang dijangka mengalami hujan kategori bahaya termasuklah Kemaman di Terengganu; Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang; serta Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor, selain Putrajaya dan beberapa daerah di Negeri Sembilan.

Kejadian Ribut Tropika Senyar ini merupakan satu fenomena yang agak luar biasa.

Ia adalah ribut tropika ketiga yang melanda Malaysia dan yang pertama terbentuk secara langsung di Selat Melaka.

Dr. Hisham sebelum ini menyifatkan pembentukannya sebagai sangat luar biasa memandangkan Malaysia lazimnya berada di luar laluan taufan tropika.

Penduduk di kawasan berisiko, terutamanya di kawasan rendah dan mudah banjir, digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengikut perkembangan terkini.

Berita berkaitan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini: Laporan
December 28, 2025· Isu semasa
Hujan lebat berterusan hingga esok, Pahang pada tahap bahaya
December 17, 2025· Isu semasa
Amaran hujan lebat berterusan sehingga Khamis: Laporan
December 14, 2025· Isu semasa
Hujan lebat berterusan, Terengganu diisytihar berada tahap bahaya
November 26, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
18 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok