Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS: Laporan

October 29, 2025 · Isu semasa

Ringgit meneruskan peningkatan pada Rabu dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong oleh sentimen positif susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1870/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Sidang Kemuncak ASEAN telah memperkukuh kestabilan dan integrasi serantau, sekali gus membantu mengukuhkan keyakinan pasaran.

“Ia membantu mengurangkan premium risiko pasaran dan menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata indeks dolar AS susut 0.12 peratus kepada 98.667 mata apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengakhiri mesyuaratnya pada Rabu.

Beliau berkata keyakinan terhadap perjanjian perdagangan yang berpotensi dimeterai antara Amerika Syarikat dan China juga telah meningkatkan sentimen pasaran.

“Hasil bon Perbendaharaan AS untuk nota tiga bulan dan lima tahun turun kepada 3.73 peratus dan 3.63 peratus, masing-masing daripada 3.81 peratus dan 3.71 peratus pada lelongan sebelumnya.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal pada kedudukan yang lebih kukuh dengan pertukaran mata wang dolar AS-ringgit diunjur diniagakan antara RM4.19 dan RM4.20 hari ini,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5591/5850 daripada 5.5845/5911 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.8804/9031 daripada 4.8884/8942, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.7591/7722 daripada 2.7605/7640 sebelum itu.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang negara ASEAN.

Ia naik berbanding doalr Singapura kepada 3.2372/2525 daripada 3.2460/2502 ketika ditutup pada Selasa, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 252.0/253.3 daripada 252.4/252.9 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.08/7.12 daripada 7.09/7.10 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9420/13.0111 daripada 12.9214/9424 sebelum itu. – Bernama

 

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.3 peratus hingga 2035
September 16, 2026· Isu semasa
BRICS buka pasaran besar untuk Malaysia: KP JKOM
September 13, 2026· Isu semasa
Anwar-Putin bincang peluang ekonomi, perkukuh hubungan
September 12, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026 · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
September 22, 2026 · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
19 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
19 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok