Ringgit.
Ringgit dijangka meneruskan trend pengukuhan dalam julat RM3.93 hingga RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, ketika pelabur global menunggu pengumuman data ekonomi penting AS yang boleh memberi petunjuk baharu kepada hala tuju pasaran.
Minggu ini, ringgit berjaya melepasi paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS, menandakan peningkatan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.
Pengukuhan ini juga dikaitkan dengan kestabilan politik domestik serta pelaksanaan dasar ekonomi yang lebih jelas oleh kerajaan.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour, berkata faktor seperti dasar ekonomi konsisten, pembaharuan kerajaan dan persekitaran global yang lebih stabil menjadi penyumbang utama kepada prestasi ringgit yang kini berada pada paras tertinggi sejak 2018.
Menurut beliau, tumpuan terhadap pengukuhan faktor domestik kekal penting bagi memastikan daya saing ekonomi terus meningkat.
“Inilah pemacu ringgit pada masa hadapan. Jika langkah ini dilaksanakan dengan betul, ringgit akan menjadi lebih menarik dan pelaburan asing akan terus mengalir masuk,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Ringgit sebelum ini berdepan tekanan susulan kenaikan kadar faedah global dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Namun sejak akhir 2025, sentimen terhadap mata wang tempatan mula pulih seiring pemulihan ekonomi domestik dan aliran masuk pelaburan asing.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran kini memberi perhatian kepada laporan guna tenaga bukan perladangan AS serta data sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Katanya, data itu akan menentukan sama ada ekonomi AS kekal kukuh, sekali gus mempengaruhi nilai dolar AS.
“Ringgit secara keseluruhan mencatat pengukuhan ketara minggu ini, meningkat kira-kira 1.6 peratus berbanding minggu sebelumnya,” ujarnya.
Pada akhir dagangan minggu ini, ringgit ditutup lebih kukuh pada 3.9440/9500 berbanding 4.0045/0080 minggu lalu.
Mata wang tempatan itu juga menunjukkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan mata wang utama dunia dan mata wang serantau ASEAN, menandakan sentimen positif pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia dalam tempoh terdekat.
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib