Ringgit melonjak kukuh sepanjang 2025, disokong ekonomi domestik: BNM

February 13, 2026 · Isu semasa

Nilai ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang 2025 apabila meningkat 10.2 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, disokong asas ekonomi domestik yang stabil serta keadaan luaran yang semakin reda.

Menurut Bank Negara Malaysia, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) mata wang tempatan turut meningkat 6.3 peratus sepanjang tempoh sama.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu memaklumkan pada suku keempat 2025 sahaja, NEER ringgit naik 3.8 peratus berbanding mata wang rakan dagang utama, manakala ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding mata wang Amerika Syarikat.

Menurut BNM, pengukuhan itu sebahagiannya dipacu jurang kadar faedah yang semakin kecil selepas pengurangan kadar dasar oleh Rizab Persekutuan AS pada Oktober dan Disember lalu.

“Pengurangan ketidakpastian perdagangan dan prospek ekonomi domestik yang positif turut meningkatkan keyakinan pelabur,” menurut kenyataan itu.

Dari sudut domestik, ekonomi Malaysia disokong pembaharuan struktur dan aliran pelaburan yang lebih konsisten.

BNM berkata langkah kerajaan dan bank pusat akan terus memastikan pasaran kewangan kekal stabil termasuk melalui program pelaburan luar negara dan libat urus aktif dengan pemain industri.

Dari segi harga pengguna, inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.3 peratus pada suku keempat 2025, manakala inflasi teras meningkat kepada 2.3 peratus.

BNM menjelaskan kenaikan inflasi teras dipengaruhi harga lebih tinggi bagi barangan tertentu seperti barang kemas dan jam tangan serta kesan asas sektor komunikasi mudah alih.

Bagaimanapun, tekanan harga sebahagiannya diimbangi penurunan kos elektrik dan petrol. Inflasi elektrik susut 10.3 peratus manakala harga petrol turun dua peratus susulan diskaun kos penjanaan tenaga dan pelaksanaan subsidi petrol bersasar bermula Oktober 2025.

BNM berkata bagi keseluruhan 2025, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing purata 1.4 peratus dan dua peratus, menunjukkan tekanan harga dalam ekonomi kekal terkawal.

“Asas domestik yang kukuh dijangka terus menyokong pergerakan ringgit walaupun berdepan faktor luaran,” menurut bank pusat itu.

Berita berkaitan
Ringgit kekal kukuh, antara mata wang terbaik Asia: Amir Hamzah
June 9, 2026· Isu semasa
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
June 6, 2026· Politik
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
May 31, 2026· Isu semasa
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
May 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok