Ringgit mengukuh didorong jangkaan pertumbuhan ekonomi semakin meningkat

January 19, 2026 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga awal minggu ini dengan prestasi positif apabila mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh anggaran awal pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2025 mencatatkan pertumbuhan 5.7 peratus, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa ekonomi negara kekal berdaya tahan di tengah ketidaktentuan global.

Pada jam 8 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.0540/0640 berbanding dolar AS, lebih baik berbanding 4.0555/0605 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Pengukuhan ini berlaku walaupun Indeks Dolar AS (DXY) dilihat berada dalam aliran menaik dan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pergerakan pasaran global ketika ini masih dipengaruhi faktor luaran termasuk perkembangan politik di Jepun.

Menurutnya, spekulasi mengenai kemungkinan pilihan raya lebih awal di negara itu telah memberi tekanan kepada yen susulan peningkatan ketidaktentuan pasaran.

“Walaupun dolar AS berada dalam aliran meningkat, anggaran awal KDNK Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan menunjukkan asas ekonomi negara masih kukuh,” katanya.

Beliau menambah, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan pada Khamis ini dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa.

“Dengan faktor-faktor ini, ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.05 hingga RM4.06 berbanding dolar AS hari ini,” katanya lagi.

Dari segi perbandingan dengan mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur. Mata wang tempatan mengukuh sedikit berbanding pound Britain, namun lemah berbanding yen Jepun dan euro.

Ringgit turut menunjukkan prestasi tidak sekata berbanding mata wang ASEAN, meningkat marginal berbanding rupiah Indonesia tetapi melemah berbanding baht Thailand dan dolar Singapura.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok