Ringgit mengukuh kepada 3.94 berbanding dolar AS: Bernama

April 15, 2026 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi pada Rabu, meningkat kepada paras 3.94 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen yang bertambah baik terhadap jangkaan kemajuan diplomatik susulan laporan kemungkinan rundingan pusingan kedua AS-Iran.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 3.9430/9510 berbanding dolar AS daripada 3.9500/9545 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bagaimanapun, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam unjuran terbaharunya, menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global menyederhana kepada 3.1 peratus dan 3.2 peratus masing-masing pada 2026 dan 2027 selepas berkembang 3.4 peratus pada 2025.

“Risiko utama jelas sekali adalah peperangan di Iran yang boleh meningkatkan tekanan inflasi, manakala peningkatan perbelanjaan pertahanan mungkin memberi rangsangan kepada KDNK walaupun seketika tetapi ia boleh berisiko mengalihkan sumber daripada keperluan sosial.

“Walau apa pun keadaannya, Indeks Dolar AS merosot 0.25 peratus kepada 98.121 mata. Dalam ketidakpastian yang semakin memuncak, ringgit mungkin diniagakan dalam jajaran kecil hari ini (Rabu),” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6520/6614 daripda 4.6567/6620, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4828/4880 daripada 2.4847/4877 ketika ditutup pada Selasa, bagaimanapun berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3522/3631 daripada 5.3495/3556.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1023/1091 daripada 3.1053/1091, menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 230.2/230.8 daripada 230.6/231.0 dan melonjak berbanding peso FIlipina kepada 6.58/6.60 daripada 6.59/6.61 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.3211/3546 daripada 12.3183/3397 ketika ditutup semalam. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar
August 20, 2026· Isu semasa
TH perlu perkukuh komunikasi, dekati pendeposit: Bernama
August 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
September 22, 2026 · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
2 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
21 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok