RM1.66 bilion dana rampasan rasuah dipulangkan kepada kerajaan: Azam Baki

September 22, 2025 · Isu semasa

Sebanyak RM1.66 bilion hasil daripada aktiviti rasuah, penyeludupan, dan pengubahan wang haram telah berjaya dibekukan, disita, dan dipulangkan kepada kerajaan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memberitahu jumlah tersebut merangkumi aset, wang tunai, dan barangan berharga yang dirampas melalui pelbagai operasi yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF).

Beliau turut mendedahkan pada tahun lalu seramai 34 penjawat awam dan 27 orang awam telah ditahan dalam operasi memerangi jenayah terancang itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 25 penjawat awam berjaya dituduh dengan 352 pertuduhan dan lapan orang dikenakan tindakan tatatertib,” jelas Azam dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Bagi tahun ini, sejumlah RM960.73 juta telah dipulangkan kepada kerajaan hasil enam operasi besar yang dijalankan sebelum ini.

Operasi tersebut dijalankan bersama agensi rakan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Antara operasi yang dibongkar termasuklah ‘Ops White’ membabitkan penyelewengan kontrak susu tepung (RM174.7 juta), ‘Ops Knight’ kes penipuan pelaburan durian (RM16.15 juta), dan ‘Ops X’ kes penipuan wang kripto (RM28.6 juta).

Selain itu, ‘Ops Sikaro’ membongkar sindiket penyeludupan rokok (RM218 juta), ‘Ops Metal’ tangani penyeludupan besi dan e-waste (RM332.5 juta), dan ‘Ops Karen’ memerang sindiket penyeludupan minyak (RM190.8 juta).

“SPRM berperanan sebagai penggerak utama MATF dengan tanggungjawab mengurus pengumpulan bukti, mengesan aliran wang dan aset serta mengemukakan permintaan bantuan undang-undang antarabangsa,” ujarnya lagi.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas kerjasama erat dalam operasi terbaru di Sarawak.

“Kerjasama antara agensi seperti ini amat dialu-alukan kerana ia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras segala aktiviti yang boleh menggugat kedaulatan Malaysia,” tegasnya.

Berita berkaitan
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
13 jam lalu· Isu semasa
SPRM siasat penjualan tanah FELDA, dua bekas pengarah ditahan
September 6, 2026· Isu semasa
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok