RM18 bilion lebihan cukai dikreditkan, LHDN percepat bayaran tertunggak

December 24, 2025 · Isu semasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion melibatkan 3.54 juta kes setakat Isnin lalu, hasil peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mempercepat penyelesaian tunggakan.

Menurut kenyataan LHDN, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember, bayaran balik berjumlah RM15 bilion telah diproses melibatkan 3.52 juta kes.

Proses itu diteruskan dengan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi tempoh 9 hingga 15 Disember yang melibatkan 6,480 kes, diikuti RM1 bilion lagi bagi tempoh 16 hingga 18 Disember melibatkan 1,339 kes.

“Bagi tempoh 19 hingga 22 Disember pula, LHDN memproses bayaran balik berjumlah RM1 bilion melibatkan 13,111 kes,” menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, daripada peruntukan tambahan RM4 bilion yang diumumkan, sebanyak RM3 bilion telah berjaya diproses dan dikreditkan antara 9 hingga 22 Disember, melibatkan 20,930 kes.

LHDN memaklumkan baki RM1 bilion akan diproses dan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Disember 2025.

LHDN menjelaskan dana tambahan RM1 bilion pertama digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik yang berusia melebihi tiga tahun tanpa mengira jumlah.

“Dana RM2 bilion seterusnya pula difokuskan kepada kes berusia dua hingga tiga tahun, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana,” kata kenyataan itu.

Pada 7 Disember lalu, Anwar mengumumkan peningkatan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi mempercepat pembayaran tertunggak kepada pembayar cukai.

Selain itu, LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat dan terkini bagi melancarkan proses bayaran balik.

“LHDN kekal komited untuk menyelesaikan bayaran balik secara teratur dan berperingkat, dengan keutamaan kepada amaun tertunggak serta kes melibatkan PKS,” katanya.

Berita berkaitan
Lebih banyak berita baik bakal diumum PM sebelum Aidilfitri: PMO
March 9, 2026· Isu semasa
Bayaran STR Fasa 2 diawalkan, bantu persiapan Aidilfitri rakyat: PMX
March 9, 2026· Isu semasa
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026· Politik
Rafizi sebenarnya bersedia untuk dipecat, tak sangka PKR masih kekalkannya
March 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Suami pelakon dituduh di mahkamah tipu urusan tanah dan gelaran
March 11, 2026 · Isu semasa
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026 · Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM3.92, ekonomi negara berdaya tahan
March 11, 2026 · Isu semasa
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok