RM200,000 wang simpanan bekas pensyarah lesap gara-gara panggilan palsu: Laporan

November 3, 2025 · Isu semasa

Seorang pesara kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan phone scam atau panggilan palsu yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata bekas pensyarah berusia 59 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat insurans memaklumkan kononnya terdapat tuntutan sebanyak RM68,000 melibatkan mangsa.

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambung kepada beberapa individu yang mengaku sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya, mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

“Mangsa seterusnya diarahkan membuka akaun bank baharu dan memindahkan wang ke akaun yang diberikan kononnya untuk tujuan siasatan sebelum membuat 10 transaksi menggunakan wang simpanan sendiri dan pinjaman peribadi antara 9 April hingga 12 Jun lepas,” menurutnya dalam kenyataan.

Yahaya berkata wanita itu menyedari telah diperdaya selepas suspek sekali lagi meminta wang daripadanya dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Scam: Cinta TikTok berakhir dengan kerugian RM112,500
August 29, 2026· Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
August 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026 · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok