RoS gantung PN: Bersatu dakwa perlembagaan dilanggar

September 25, 2026 · Politik

Parti Bersatu mendakwa keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkait rapat dengan aduan dibuat parti itu mengenai dakwaan pelanggaran Perlembagaan PN.

Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menerima salinan perintah penggantungan di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 daripada RoS.

Menurutnya, RoS turut mengeluarkan notis bertarikh 22 September lalu di bawah subseksyen 13(2) akta sama bagi mendapatkan penjelasan PN mengenai aduan dikemukakan Bersatu.

“Bersatu telah membuat aduan bertulis pada 11 Ogos 2026 kepada JPPM berkenaan pelanggaran Perlembagaan Parti Perikatan Nasional oleh kepimpinan baharu Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan.

Antara perkara dibangkitkan termasuk dakwaan Bersatu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu serta persoalan mengenai kedudukan keanggotaan parti itu dalam gabungan berkenaan.

Azmin mendakwa tindakan menafikan hak Bersatu untuk menghadiri mesyuarat, memberikan pandangan dan mengundi dalam Majlis Tertinggi PN bercanggah dengan Fasal 7.1 Perlembagaan PN.

“Bersatu juga telah mengemukakan aduan kepada RoS mengenai kewujudan ‘kuasa veto’ yang mempengaruhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau turut mendakwa terdapat individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PN mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai ancaman atau tekanan terhadap Bersatu, termasuk usaha untuk melucutkan atau menggugurkan keanggotaan parti itu dalam PN.

Menurutnya, tindakan sedemikian didakwa bercanggah dengan kuasa diberikan kepada Majlis Presiden PN di bawah Fasal 7A.1(c) Perlembagaan PN.

Azmin berkata, RoS sudah mengesahkan penerimaan aduan Bersatu dan menjalankan penelitian berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, peraturan berkaitan serta Perlembagaan PN.

Beliau turut hadir memberikan keterangan kepada JPPM di Putrajaya pada 18 Ogos lalu bagi menjelaskan asas aduan tersebut.

“Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat RoS dan menerangkan asas aduan yang dibuat pada 11 Ogos 2026,” katanya.

Sebelum ini, RoS menjelaskan penggantungan PN tidak bermaksud pendaftaran gabungan itu dibatalkan. Sebaliknya, perintah tersebut bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan sementara proses berkaitan pelanggaran aturan pertubuhan sedang dijalankan.

Azmin turut menggesa kepimpinan dan pengurusan PN tidak memperlekehkan peranan RoS dengan mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.

“Bersatu akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara Perlembagaan Perikatan Nasional dan memastikan perjalanan parti ini adalah telus, berintegriti serta menjunjung prinsip kebertanggungjawaban,” katanya.

Berita berkaitan
Notis RoS: Bersatu mahu Perlembagaan PN dipatuhi, elak buat keputusan unilateral
3 jam lalu· Politik
Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman
3 jam lalu· Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
September 24, 2026· Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
September 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR bincang tarikh PRN Melaka 7 Oktober
September 25, 2026 · Politik
Denda RM50 juta: Najib belum buat bayaran, peguam nafi khabar angin
3 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Peguam tolak idea kawat duri, pengawal bersenjata
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Aminuddin persoal tindakan Ismail tandatangan proklamasi
6 jam lalu · Politik
Rais Yatim hadapi pertuduhan hasutan berkait krisis takhta Negeri Sembilan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok