Najib Razak.
Kediaman Najib Razak di Jalan Langgak Duta menjadi tumpuan apabila suasana di sekitar rumah itu dilaporkan dengan kehadiran rakan dan penyokongnya menjelang keputusan penting Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dijadualkan esok.
Tinjauan mendapati kehadiran pengunjung meningkat sejak beberapa hari lalu, dipercayai bagi menyertai majlis solat hajat serta memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu.
Selain ahli keluarga, beberapa penyokong setia turut dilihat hadir. Seorang pengunjung yang enggan dikenali.
“Kami datang untuk berdoa agar keputusan esok membawa kebaikan dan keadilan,” kata salah seorang penyokong Najib dipetik laporan media BH.
Keputusan mahkamah esok akan menentukan sama ada Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah atau kekal di Penjara Kajang.
Beliau sedang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini, pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman asal penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta. Mengikut keputusan itu, Najib dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, atau setahun lewat sekiranya denda tidak dibayar sepenuhnya.
Pada 1 April 2024, Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu perintah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.
Dalam permohonannya, beliau menamakan beberapa pihak termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara dan kerajaan sebagai responden.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan tersebut, namun Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib melalui keputusan majoriti dan mengarahkan kes dirujuk semula untuk pendengaran penuh.
Rayuan susulan oleh Pejabat Peguam Negara ke Mahkamah Persekutuan turut ditolak, sekali gus membuka laluan kepada keputusan esok.
Hakim Alice Loke dijadual menyampaikan keputusan selepas mendengar hujahan semua pihak. Orang ramai kini menunggu dengan penuh perhatian, memandangkan keputusan itu dilihat berpotensi memberi kesan besar terhadap hala tuju kes berprofil tinggi tersebut.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri