RUU had 10 tahun PM akan dibentang semula pada Jun ini

March 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun pada sidang Dewan Rakyat Jun ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini.

“Jemaah Menteri membuat keputusan supaya RUU ini dibawa semula pada sidang akan datang sekitar Jun.

“Kita akan pastikan Ahli Parlimen kerajaan hadir dan beri sokongan penuh untuk meluluskan pindaan penting ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tidak meluluskan pindaan tersebut selepas gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Daripada undian belah bahagian yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, seramai 146 Ahli Parlimen menyokong, manakala 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.

Pindaan itu bertujuan mengehadkan tempoh seseorang Perdana Menteri memegang jawatan kepada 10 tahun, sebagai langkah memperkukuh semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara.

Cadangan itu sebelum ini dilihat sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang dibawa kerajaan.

Menurut Fahmi, Jemaah Menteri turut menerima taklimat daripada Ketua Whip kerajaan, Fadillah Yusof, berhubung lapan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak berada dalam dewan ketika undian dijalankan.

“Di pihak Pakatan Harapan, kehadiran adalah 100 peratus. Lapan Ahli Parlimen yang tidak hadir sudah dikenal pasti,” katanya.

Beliau memaklumkan dua daripada mereka telah mengemukakan penjelasan bertulis kepada Ketua Whip, manakala enam lagi masih dinantikan.

Fahmi turut menjelaskan terdapat salah faham dalam kalangan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang menyangka undian tersebut bertujuan memberi tempoh 10 tahun kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Tegasnya, pindaan ini bukan untuk mana-mana individu. Ia bagi memastikan tidak wujud situasi seseorang Perdana Menteri merasakan dirinya boleh berkuasa tanpa had tempoh,” katanya.

Kerajaan berharap pada sidang akan datang, semua pihak termasuk pembangkang dapat menyokong pindaan berkenaan yang disifatkan tidak bersifat partisan, sebaliknya demi memperkukuh demokrasi dan kestabilan politik negara.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026· Politik
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
4 jam lalu· Isu semasa
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
5 jam lalu · Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
11 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok