RUU Perolehan Kerajaan pastikan perbelanjaan dikawal dengan baik: Muhammad Kamil

August 29, 2025 · Isu semasa

Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 yang baru diluluskan di Dewan Rakyat merupakan langkah kerajaan untuk memastikan perbelanjaan negara diurus dengan lebih baik dan cekap.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata RUU ini akan membantu mengehadkan hutang negara kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memastikan kerajaan sekarang dan masa depan mematuhi undang-undang bagi mengelakkan pembaziran dan rasuah.

“Ini (RUU) pun satu lagi langkah reformasi untuk kita pastikan sebarang urusan yang melibatkan perolehan kerajaan itu, dilaksanakan mengikut undang-undang secara lebih ketat bagi mengelakkan ketirisan, kebocoran dan juga masalah rasuah,” katanya selepas merasmikan Program Bakti Muda Jiwa Merdeka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah.

Beliau menekankan bahawa RUU ini bertujuan memastikan proses perolehan kerajaan dilaksanakan dengan lebih telus dan menyeluruh.

Salah satu ciri penting dalam RUU ini ialah penubuhan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan yang akan menerima dan membicarakan aduan daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan proses perolehan kerajaan.

Muhammad Kamil menambah hanya mereka yang takut atau terlibat dengan aktiviti tidak sah sahaja yang tidak menyokong akta ini, kerana ia akan menghalang penyelewengan dan rasuah.

RUU Perolehan Kerajaan 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat dengan 125 ahli parlimen menyokong, 63 menolak, seorang tidak mengundi dan 32 tidak hadir.

Undang-undang baru ini diperkenalkan untuk mewajibkan tadbir urus dan ketelusan dalam semua urusan perolehan kerajaan.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
20 jam lalu· Politik
AMK: Pengampunan tidak padam rekod 1MDB yang pernah disakau Najib
September 18, 2026· Politik
AMK harap isu kenaikan elektrik diselesaikan segera, TNB perlu peka
September 17, 2026· Isu semasa
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
2 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
20 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
20 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok