Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia perlu maju bersama: Fahmi

September 16, 2026 · Isu semasa

Semangat “Segulai Sejalai” atau bergerak seiring dan sejalan perlu terus diperkukuh dalam kalangan rakyat bagi membina Malaysia yang lebih maju, makmur, bersatu dan dihormati di peringkat serantau serta antarabangsa.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perpaduan, pembangunan dan kemajuan teknologi perlu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat tanpa mengira negeri, kaum, agama atau latar belakang.

Beliau berkata perkara itu penting dalam usaha memastikan kemajuan setiap wilayah, khususnya Sabah dan Sarawak, dapat dirasai sebagai sebahagian daripada kejayaan bersama seluruh rakyat Malaysia.

“Marilah kita menjadikan kemajuan Sarawak, pembangunan Sabah dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia sebagai kejayaan bersama,” katanya menerusi tayangan video ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berkata kemajuan teknologi dalam era digital perlu dimanfaatkan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Menurutnya, kerajaan MADANI terus memberi perhatian terhadap akses digital di Sabah dan Sarawak menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), termasuk usaha memperluas kemudahan telekomunikasi.

“Pendigitalan bukan sekadar capaian Internet tetapi membuka peluang pendidikan, ekonomi dan keusahawanan untuk semua rakyat tanpa terpinggir,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan turut mempergiat pembinaan menara telekomunikasi serta memperluas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi menyediakan ruang kepada masyarakat mendapatkan akses, kemahiran dan manfaat teknologi digital.

Fahmi berkata sebanyak 23 NADI di Sarawak yang diluluskan pada 2024 kini sudah siap dan sedia digunakan.

Beliau turut mengetengahkan kejayaan NADI Pulau Banggi di Sabah yang dinobatkan sebagai juara World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 bagi kategori Pembangunan Kapasiti.

“Kejayaan NADI Pulau Banggi di pentas antarabangsa membuktikan faktor lokasi bukan lagi penghalang untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
2 jam lalu· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Bantuan tiket penerbangan RM500 bagi pelajar IPTA Sabah dan Sarawak
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
2 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok