Saifuddin Nasution Ismail.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan belum menerima sebarang pengesahan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan Notis Merah Interpol terhadap ahli perniagaan minyak Indonesia, Mohammad Riza Chalid.
Menurut beliau, semakan lanjut akan dibuat terus dengan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail bagi memastikan kesahihan maklumat berkenaan.
“Saya kena periksa dengan IGP dulu. Saya belum dapat lagi maklumat itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program bersama warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, lapor Utusan Malaysia.
Isu ini menjadi perhatian selepas media antarabangsa melaporkan Interpol mengeluarkan Notis Merah terhadap Riza pada 23 Januari lalu.
Notis itu dikaitkan dengan dakwaan penglibatan dalam skandal rasuah besar bernilai kira-kira AS$285 juta (sekitar RM1.12 bilion) melibatkan syarikat minyak milik negara Indonesia, Pertamina, bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Berdasarkan maklumat pihak berkuasa Indonesia, usaha menjejaki Riza kini dijalankan melalui kerjasama rangkaian Interpol yang merangkumi 196 negara anggota.
Setiausaha Biro Pusat Nasional Interpol Indonesia, Untung Widyatmoko, berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan negara anggota bagi mengenal pasti lokasi individu berkenaan.
Riza sebelum ini dikenali sebagai tokoh berpengaruh dalam industri minyak dan tenaga di Indonesia.
Namanya beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi sektor tenaga negara itu, termasuk isu ketelusan pengurusan kontrak minyak.
Kes melibatkan Pertamina pula dianggap antara skandal rasuah terbesar dalam sektor tenaga Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan tekanan awam supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi sama ada Riza berada di Malaysia atau negara lain.
Pihak berkuasa dijangka terus memantau perkembangan kes ini selaras dengan kerjasama penguatkuasaan antarabangsa.
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri