Saifuddin Nasution pertahan serbuan pihak berkuasa di pusat spa ‘songsang’

December 2, 2025 · Isu semasa

Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan serbuan polis ke atas sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut baru-baru ini yang membawa kepada penahanan lebih 200 individu.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan operasi itu tidak melanggar privasi kerana dilakukan di premis awam, ia selepas menerima kritikan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.

“Privasi kalau seorang diri di rumah, ini premis awam dengan 201 orang, privasi apa lagi.

“Itu perbuatan tak bermoral, tak boleh dipertahankan oleh mana-mana agama,” tegas Saifuddin Nasution pada sidang media hari ini.

Terdahulu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan serbuan itu sembrono dan mendakwa berlakunya pencabulan maklumat peribadi suspek yang tersebar di media sosial.

“Sejak tiga hari lalu, pelbagai maklumat peribadi tersebar, termasuk demografi, tempat kerja dan status perkahwinan suspek,” kata Timbalan Pengerusi Pemuda PSM, Muhammad Aiman Mohd Sees.

Pertubuhan Justice for Sisters turut mengutuk operasi bersama polis, JAWI dan DBKL itu sebagai diskriminasi kerana menyasarkan premis berdasarkan golongan pelanggan.

Operasi yang didakwa hasil risikan dua minggu itu akhirnya menghadapi kekangan undang-undang.

Saifuddin Nasution menjelaskan siasatan masih berterusan meskipun ramai yang terpaksa dilepaskan sementara.

“Ada keperluan untuk melihat kembali undang-undang sedia ada… dengan kekangan masa untuk lengkapan kertas siasatan, ianya tidak memadai untuk ambil tindakan,” jelasnya.

Siasatan kini diteruskan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan oleh JAWI, manakala polis masih menghadapi kesukaran mengumpul bukti di bawah Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
17 jam lalu· Isu semasa
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
17 jam lalu· Politik
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
10 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok