Bakal berlaku pertindihan pembahagian kerusi antara PH, BN dengan GRS pada PRN Sabah kali ini.
Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan pada 29 November ini dilaporkan berada di peringkat akhir.
Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata sudah mengadakan pertemuan dengan wakil GRS dan menyifatkan perbincangan itu sebagai positif di Kota Kinabalu minggu lalu.
“Rundingan tidak berakhir dengan satu pusingan. Jadi bila selesai nanti, saya akan maklum kepada rakan-rakan,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Media Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 hari ini.
Beliau mengulas perkembangan terkini persiapan gabungan itu menjelang PRN Sabah yang diumumkan akan berlangsung tidak lama lagi.
PRN Sabah kali ini amat penting dalam menentukan hala tuju politik negeri dan kestabilan kerajaan yang memerintah.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), PH dan GRS, Saifuddin berkata adalah terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan.
“Pramatang untuk saya andaikan benda itu. Saya hendak sebut, saya akan meneruskan rundingan kerusi, jika dalam sidang media hari ini, saya sudah sebut akan ada tiga penjuru, tak cantiklah..kan, itu pramatanglah,” ujarnya.
Kenyataan Saifuddin ini datang tidak lama selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, pada 19 Oktober lalu mengumumkan pembahagian kerusi antara BN dan PH bagi PRN Sabah telah dimuktamadkan bagi mengelakkan sebarang pertembungan.
Keputusan muktamad rundingan PH-GRS ini sangat dinanti-nantikan bagi menilai landskap politik dan strategi semua pihak yang terlibat.
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa