Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) dikehendaki menjalani ujian saringan air kencing.
Dewan Ulama PAS mengecam kenyataan Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng berhubung isu pengharaman arak dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang didakwa bukan sahaja bersifat sinis malah menghina Islam sebagai agama Persekutuan.
Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah, membidas kenyataan Lip Eng yang mencadangkan PAS menubuhkan syarikat penerbangan sendiri ekoran gesaan berulang parti itu terhadap larangan arak dalam pesawat MAS.
Beliau menegaskan bahawa cadangan itu satu penghinaan terhadap kedudukan Islam di negara ini.
“MAS dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan mewakili imej rasmi negara.
“ Oleh itu, penyajian arak di bawah jenama milik kerajaan adalah bercanggah dengan prinsip Islam, serta tidak menghormati sensitiviti majoriti rakyat Muslim,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Nor menambah, larangan arak merupakan satu dasar moral sejagat yang diiktiraf oleh semua agama besar dunia dan bukannya satu paksaan terhadap penganut bukan Islam.
Dewan Ulama PAS sekali lagi menggesa Kementerian Pengangkutan dan Khazanah Nasional agar menghentikan serta-merta penyajian arak dalam semua penerbangan MAS.
Selain isu arak, sayap ulama PAS itu turut mengulangi seruan mereka supaya kerajaan membenarkan semua kru kabin Muslim menutup aurat dengan sempurna, bertepatan dengan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membidas kenyataan Lip Eng di Dewan Rakyat pada Rabu lalu yang mempertahankan penjualan arak dalam pesawat MAS dengan alasan ia adalah hak individu yang diberikan kepada bukan Islam.
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum