Saman fitnah: ADUN PAS mohon maaf secara terbuka kepada MP DAP

September 26, 2025 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sungai Ramal, Shafie Ngah, memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berikutan tuduhan fitnah yang dilemparkannya sebelum ini.

Permohonan maaf itu disiarkan dalam beberapa akhbar dan platform media sosial terhadap wakil rakyat DAP, Syahredzan susulan fitnah yang dibuat semasa untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Shafie telah menuduh Syahredzan sebagai tidak jujur dalam beragama serta menyokong ideologi komunis.

“Saya mengakui bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah secara penuhnya tidak benar, tidak berasas, dan secara keseluruhannya tidak mempunyai sebarang merit.

“Saya amat kesal dalam membuat atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan tersebut,” kata Shafie dalam pernyataan maafnya yang disiarkan.

Beliau berikrar untuk tidak mengulangi tindakan sedemikian pada masa hadapan.

Tindakan ini merupakan sebahagian daripada penyelesaian saman fitnah yang difailkan oleh Syahredzan pada Ogos 2023, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan penghakiman persetujuan antara kedua-dua pihak.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan, Shafie bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka.

Syahredzan, yang juga Naib Pengerusi DAP, mengesahkan perkara tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguamnya.

“Permohonan maaf ini menutup perkara ini secara baik.”

Beliau turut menekankan isu ini telah diselesaikan mengikut saluran undang-undang yang betul.

Berita berkaitan
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026· Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026· Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
20 jam lalu · Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
21 jam lalu · Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
22 jam lalu · Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok