Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar yang telah meninggal dunia dalam kemalangan bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi Isnin.
Mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi, beliau menyifatkan insiden itu sebagai satu kehilangan besar yang pastinya turut memberi kesan perit kepada komuniti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Saya amat berdukacita menerima khabar tragedi kemalangan membabitkan pelajar-pelajar UPSI di Jalan Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi tadi.
“Bagi pihak seluruh warga Kementerian Komunikasi, saya merakamkan ucapan takziah amat mendalam kepada keluarga 15 pelajar yang telah meninggal dunia dalam insiden tersebut,” katanya menerusi Facebook pagi Isnin.
Beliau turut mendoakan agar roh semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.
“Sama-sama juga kita doakan agar beberapa lagi yang cedera diberikan kesembuhan segera,” katanya.
Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain. – Bernama
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum