Dr Muhamad Akmal Saleh.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Dr Muhamad Akmal Saleh petang ini bagi membincangkan kedudukan Ketua Pemuda UMNO itu, susulan khabar angin mengenai kemungkinan peletakan jawatan yang semakin hangat diperkatakan.
Ahmad Zahid berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai keputusan yang dibuat oleh EXCO Melaka berhubung masa depan Dr Akmal, walaupun spekulasi berkenaan telah berlegar sejak minggu lalu.
“Beliau akan jumpa saya petang ini. Saya sendiri belum tahu apa keputusannya,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, pertemuan tersebut dijangka menjadi ruang untuk Akmal menyatakan pendirian sebenar berkaitan masa depannya dalam UMNO, termasuk jawatan Ketua Pemuda parti itu yang kini menjadi perhatian banyak pihak.
Akmal sebelum ini memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan berkenaan, sekali gus mencetuskan perdebatan dalaman parti serta reaksi pelbagai pihak, termasuk kepimpinan tertinggi UMNO.
Semalam, Akmal dilaporkan berkata bersedia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkaitan kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.
Beliau menegaskan pendirian itu diambil kerana kedua-dua pemimpin berkenaan memainkan peranan penting dalam pencalonannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta pelantikannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Sebelum ini, media melaporkan Akmal memberi isyarat untuk melepaskan dua jawatan utama yang dipegangnya selepas kenyataannya yang menggesa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan menerima reaksi kurang senang daripada Ahmad Zahid.
Perkembangan terbaharu ini dijangka terus menjadi tumpuan, dengan ramai pemerhati politik menantikan keputusan pertemuan petang ini yang boleh memberi kesan besar kepada landskap dalaman UMNO.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar