Amirudin Shari.
Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan isu penternakan babi di Kuala Langat ditangani secara serius dengan langkah kawal selia lebih ketat bagi melindungi alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan menyeluruh di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), susulan keprihatinan Sultan Selangor yang disuarakan melalui kenyataan media pada Sabtu.
Menurut beliau, kerajaan negeri bersetuju memperkukuh kawalan terhadap industri penternakan babi dengan memberi tumpuan khusus kepada aspek pengurusan sisa supaya lebih bertanggungjawab dan berkesan.
“Penekanan utama adalah terhadap pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab supaya tidak menjejaskan sistem saliran, alam sekitar serta kesejahteraan penduduk setempat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Amirudin menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai sudut termasuk pandangan agensi teknikal berkaitan, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang telah berlarutan lebih sedekad.
Beliau turut menegaskan langkah yang diambil bukan bertujuan menutup industri berkenaan, sebaliknya memastikan operasi dijalankan secara lebih selamat, terkawal dan tidak memberi kesan negatif kepada komuniti sekitar.
“Apa yang penting, industri ini mesti patuh kepada peraturan dan tidak menjejaskan kehidupan harian rakyat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim berkata pendekatan yang diguna pakai adalah lebih tersusun dan berhemah, dengan matlamat mengimbangi keperluan komuniti setempat serta kepentingan pembangunan industri.
“Ia dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan kawalan lebih ketat ke arah penyelesaian jangka sederhana dan panjang,” katanya.
Pada Sabtu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita serta tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Isu itu mencetuskan perhatian ramai dan mendorong kerajaan negeri mengambil langkah lebih tegas demi masa depan alam sekitar Selangor.
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib