PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera

November 23, 2026 · Politik

Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) menggesa kemelut politik dan pentadbiran negeri yang berlarutan lebih 100 hari diselesaikan segera bagi memastikan urusan kerajaan kembali berjalan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.

Majlis Pimpinan Negeri PHNS dalam kenyataan hari ini menegaskan sebarang penyelesaian perlu berlandaskan peruntukan perlembagaan serta selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut PHNS, ketidaktentuan politik yang berpanjangan berpotensi menjejaskan keutamaan pentadbiran negeri dan menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran urusan kerajaan.

“Sudah lebih 100 hari Negeri Sembilan dibelenggu ketidaktentuan politik dan pentadbiran. Keadaan ini menjejaskan keutamaan pentadbiran negeri dan menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran urusan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

PHNS turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa percaturan politik, sebaliknya memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang diamanahkan melalui mandat pilihan raya.

“Rakyat memberikan mandat untuk bekerja dan menyelesaikan masalah mereka, bukannya untuk menyaksikan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan,” katanya.

Dalam masa sama, PHNS menegaskan Negeri Sembilan bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya perlu ditadbir dengan menghormati kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Besar serta keluhuran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

PHNS juga berharap kemelut berkenaan tidak menjejaskan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Ini kerana kedua-dua perkara itu mempunyai kaitan langsung dengan peruntukan pembangunan, kebajikan rakyat, penyediaan kemudahan awam serta kelangsungan ekonomi negeri.

“Jangan sampai pertelingkahan politik menyebabkan kepentingan serta masa depan rakyat Negeri Sembilan terus terabai,” menurut kenyataan itu.

PHNS turut mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta menghormati kedudukan dan kewibawaan institusi Undang Yang Empat yang sah di luak masing-masing.

Sehubungan itu, PHNS menggesa semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menghentikan pertelingkahan politik, menghormati proses perlembagaan serta memastikan pentadbiran kerajaan negeri kembali berfungsi dengan teratur.

Kemelut politik Negeri Sembilan yang berlarutan lebih 100 hari itu kini menjadi perhatian susulan kebimbangan terhadap kestabilan pentadbiran negeri dan kesannya terhadap pelaksanaan dasar serta agenda pembangunan untuk rakyat.

Berita berkaitan
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026· Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
6 jam lalu· Politik
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
10 jam lalu· Isu semasa
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
6 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
11 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok