Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus.
Serangan terhadap sebuah pusat hiburan KTV di Taman Shamelin, Cheras pada Ahad lalu dipercayai berpunca daripada konflik peribadi dan persaingan perniagaan antara pemilik premis serta pihak lain dalam industri sama.
Polis mengesahkan seramai 45 individu telah ditahan setakat ini, termasuk dua pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 57 tahun, susulan operasi yang dijalankan sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata siasatan awal mendapati serangan tersebut melibatkan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dan diupah oleh pihak tertentu.
“Hasil siasatan awal mendapati pemilik premis hiburan KTV ini menggunakan khidmat kumpulan kongsi gelap bagi mengawasi aktiviti operasinya.
“Konflik dendam serta persaingan perniagaan dipercayai menjadi punca utama serangan dan rusuhan ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Menurut beliau, kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu mencetuskan kekecohan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam perkembangan sama, polis masih giat memburu beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek lain masih diteruskan,” katanya.
Polis menegaskan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan awam terjamin serta mengekang sebarang aktiviti jenayah yang boleh mengganggu ketenteraman.
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum