Albert Tei dan Shamsul Iskandar Md Akin didakwa di mahkamah hari ini.
Ahli politik Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei sekali lagi dituduh di mahkamah atas pertuduhan berhubung rasuah lebih RM64,000.
Kedua-dua mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Shamsul Iskandar yang juga bekas pegawai kanan perdana menteri, didakwa menerima rasuah berjumlah RM64,924 daripada Tei.
Menurut pertuduhan, rasuah itu diterima atas kapasitinya sebagai setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, sebagai balasan untuk membantu syarikat Tei mendapatkan lesen cari gali mineral di Sabah.
Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin. Peguam beliau, Amer Hamzah Arshad, kemudian menyatakan pembelaan tidak bersalah bagi pihak kliennya.
“Beliau mengaku tidak bersalah dan kami akan membicara kes ini dengan sewajarnya di mahkamah,” katanya.
Sementara itu, Albert Tei turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas pertuduhan memberikan rasuah kepada Shamsul Iskandar di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman yang berat termasuk penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan berkenaan.
Tuduhan hari ini merupakan pertuduhan kelima yang dihadapi kedua-dua individu tersebut, berikutan empat pertuduhan awal yang telah dikemukakan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
Kes ini akan dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN