Siasat isu Hamzah secara terbuka, gesa seorang MPT Bersatu

February 7, 2026 · Politik

Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menggesa Lembaga Disiplin parti menjalankan siasatan menyeluruh dan telus terhadap Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainudin, susulan dakwaan mengaitkannya dengan kemelut dalaman yang sedang melanda parti itu.

Harrison Hassan, yang juga Ketua Bersatu Kuala Selangor, berkata siasatan perlu dibuat tanpa sebarang campur tangan politik bagi memastikan kebenaran dapat didedahkan.

Menurutnya, langkah itu penting untuk meredakan kekeliruan dalam parti serta menentukan sama ada Hamzah terlibat secara langsung atau tidak dalam mencetuskan ketegangan dalaman.

“Jika benar Hamzah terlibat secara langsung atau tidak langsung sebagai perancang kepada tindakan yang menimbulkan suasana tidak harmoni, ia merupakan pelanggaran serius terhadap perlembagaan parti dan etika kepimpinan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan parti tidak boleh berkompromi dengan sebarang unsur sabotaj dalaman yang boleh menjejaskan kestabilan serta masa depan perjuangan politik Bersatu.

Katanya lagi, tindakan disiplin tegas mesti diambil jika dakwaan terbukti benar kerana tiada individu boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi parti.

Satu mesyuarat khas MPT dijangka diadakan bagi membincangkan hala tuju parti ketika tekanan semakin meningkat supaya perubahan kepimpinan dilakukan.

Penganalisis melihat konflik berterusan ini bukan sahaja melemahkan struktur organisasi parti, malah berisiko menjejaskan keyakinan penyokong.

Harrison turut mengingatkan kegagalan bertindak tegas boleh membawa kesan jangka panjang kepada imej parti.

“Parti yang gagal bertindak hari ini akan kehilangan maruah dan kepercayaan rakyat pada masa depan,” katanya.

Berita berkaitan
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
1 jam lalu· Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
4 jam lalu· Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
June 26, 2026· Politik
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
1 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
3 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
3 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
4 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok