Siasat isu skandal FAM sehingga selesai, kata PMX

November 21, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menegaskan tiada sebarang usaha untuk menutup skalam pendaftaran tujuh pemain warisan yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perdana Menteri berkata isu berkenaan adalah serius dan mesti disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan dan Kabinet telah membincangkan perkara itu untuk sepakat tidak wajar ada sebarang bentuk perlindungan.

“Teruskan dan siasat. Itu telah menjadi arahan. Namun begitu, prosesnya mesti berjalan. Kita tidak membuat keputusan bertindak semata-mata berdasarkan FIFA,” katanya dipetik laporan Bernama semasa dalam penerbangan ke Afrika Selatan.

Menurut Anwar, kerajaan tidak mempersoalkan kredibiliti FIFA dan menyokong penuh pendirian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Pendirian Hannah betul. Biarkan FAM mempertahankan diri terlebih dahulu. Di pihak kementerian, cara tindakan jelas, ikut peraturan dan undang-undang,” tambahnya lagi.

Anwar turut menekankan pentingnya untuk meneliti sama ada proses dokumentasi pemain berkenaan di luar negara, khususnya di Sepanyol, dilakukan dengan betul.

“Soalan penting ialah sama ada ia melalui proses dokumentasi di Sepanyol sebelum diluluskan. Namun, perkara itu tidak pernah dilakukan sebelum ini,” jelasnya.

Walaupun memahami kepentingan isu tersebut, Anwar menegaskan prosedur yang betul mesti dihormati.

“Ia di luar kawalan kita. Tiada yang boleh dilakukan. Kita mesti membenarkan FAM mempertahankan diri dan membiarkan proses berjalan,” ujarnya.

Sebelum ini, FIFA menolak rayuan FAM dan mengekalkan hukuman ke atas persatuan serta tujuh pemain berkenaan berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.

FAM diarah membayar denda kira-kira RM1.8 juta, manakala setiap pemain didenda lebih kurang RM11,000 dan digantung selama setahun.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
11 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
19 jam lalu· Isu semasa
RM42.5 bilion hutang 1MDB sudah dibayar, kerajaan masih tanggung baki
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
16 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
16 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok