Skandal air Sabah: Bekas pengarah JANS didapati bersalah kes pengubahan wang haram

May 19, 2026 · Isu semasa

Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM45 juta, dalam kes yang dianggap antara skandal rasuah terbesar pernah menggemparkan Sabah.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh berusia 63 tahun itu.

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan isterinya, Fauziah Piut, 61, serta bekas timbalan pengarah JANS, Lim Lam Beng, 72, daripada pertuduhan sama.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini didakwa pada 28 Disember 2016 dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Kes berprofil tinggi itu mula mencuri perhatian negara pada 2016 selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan besar-besaran yang membawa kepada rampasan wang tunai dan barangan mewah bernilai puluhan juta ringgit.

Imej timbunan wang tunai memenuhi bilik dan bertaburan di atas lantai yang tersebar luas ketika itu mencetuskan kejutan rakyat serta menjadi simbol kepada skandal rasuah terbesar di Sabah.

Perbicaraan hanya bermula pada 7 Mei 2018 selepas beberapa siri penangguhan, dengan pihak pendakwaan memanggil seramai 46 saksi sepanjang prosiding berlangsung hampir sedekad.

Pihak pembelaan pula memanggil 15 saksi termasuk beberapa tokoh politik Sabah yang sebelum ini turut disenaraikan oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim, manakala Ag Mohd Tahir serta Fauziah diwakili peguam Ansari Abdullah bersama pasukan pembelaan mereka.

Lam Beng pula diwakili Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh pertama,” kata hakim ketika menyampaikan keputusan.

Kes ini dilihat sebagai penanda aras penting dalam usaha membanteras rasuah dan pengubahan wang haram di Sabah, khususnya membabitkan pengurusan agensi kerajaan negeri.

Berita berkaitan
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
9 jam lalu· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
9 jam lalu· Isu semasa
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
October 29, 2026· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
7 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
9 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
14 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok