Skandal rasuah sabah sama seperti 1MDB boleh tumbangkan GRS, kata Warisan

September 28, 2025 · Politik

Parti Warisan meramalkan skandal rasuah yang melibatkan aktiviti carigali mineral di Sabah akan menjadi punca kejatuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, sekali gus mengulangi sejarah kejatuhan Barisan Nasional (BN) berikutan skandal 1MDB.

Ketua Penerangannya, Mohd Azis Jamman, membuat perbandingan antara situasi semasa di Sabah dengan iklim politik sebelum Pilihan Raya Umum 2018 lalu.

Beliau menegaskan bahawa pengundi menolak BN pada waktu itu bukan kerana adanya bukti video, tetapi disebabkan persepsi rasuah yang meluas.

“Apabila kes 1MDB berlaku, adakah kita melihat sebarang klip video yang menunjukkan separuh daripada kabinet Malaysia berbincang mengenai rasuah seperti yang telah tular di Sabah?

“Tidak ada, tetapi BN tetap tumbang pada 2018 kerana pengundi di Semenanjung melihat bagaimana parti itu sudah rosak,” katanya semasa berucap di mesyuarat Warisan Kinabatangan.

Azis, yang pernah memegang jawatan sebagai timbalan menteri, turut menyindir Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berhubung isu pemberian lesen carigali.

Beliau merujuk kepada satu rakaman audio yang didakwa menunjukkan sokongan diberikan kepada syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd untuk mendapatkan lesen penerokaan mineral di kawasan seluas 70,000 hektar.

“Kelulusan dikatakan diberikan begitu sahaja untuk 70,000 hektar. Itu tujuh kali ganda keluasan Kuala Lumpur. Adakah kita melihat mana-mana video Najib Razak sewenang-wenangnya meluluskan sesuatu projek sedemikian?” soal Azis lagi.

Rakaman audio mesyuarat yang didakwa melibatkan syarikat milik kerajaan negeri, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), yang dipengerusikan oleh Hajiji, telah diterbitkan oleh sebuah portal berita pada Julas lalu.

Namun begitu, pihak berkuasa tanah Sabah telah menafikan menerima sebarang permohonan lesen daripada syarikat berkenaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengumumka tiada lesen dikeluarkan kepada Bumi Suria Ventures, dan siasatan mendapati tiada unsur rasuah melibatkan pemilik syarikat tersebut.

Walaupun terdapat penafian ini, Warisan yakin isu ini akan mempengaruhi undi rakyat Sabah.

Pendedahan mengenai isu ini merupakan sebahagian daripada siri rakaman yang dikongsi oleh pembocor maklumat, Albert Tei, yang telah mendedahkan beberapa rakaman didakwa melibatkan pemimpin negeri Sabah sejak beberapa bulan lalu.

Berita berkaitan
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
10 jam lalu· Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu· Politik
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
14 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Zahid mahu keputusan kerjasama dipercepat
September 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
11 jam lalu · Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok