Sokongan Cina terhakis, dasar cukai kerajaan jadi punca utama: Rafizi

December 6, 2025 · Isu semasa

Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan sokongan komuniti Cina terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semakin merosot yang berpunca akibat isu dasar percukaian.

Menurut Rafizi, tekanan birokrasi dan pelaksanaan cukai yang ketat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membebankan peniaga kecil dan sederhana, yang ramainya terdiri daripada komuniti Cina.

“Saya memang bimbang daripada awal. Kalau kita semata-mata mengejar kutipan cukai tetapi tidak mengawal perbelanjaan, ia akan jadi masalah,” katanya dalam satu wawancara Podcasts yang disiarkan dalam media sosial.

Rafiz membangkitkan berhubung taksiran yang “kadang-kadang tak masuk akal” serta kelewatan bayaran balik cukai membebankan sesebuah perniagaan.

Beliau menegaskan isu seperti kenaikan SST dan pelaksanaan e-invois dilihat sebagai keputusan unilateral Kementerian Kewangan yang diketuai Anwar sendiri.

“Dalam kerajaan ini, saya perhatikan Kementerian Kewangan meletakkan diri di atas semua kementerian lain,” dakwanya.

“Kalau kita nak buat satu ubahan, oh bincang panjang. Tapi kalau Kementerian Kewangan, dia datang dengan kertas, Perdana Menteri yang bentang.

“Jika anda tak setuju, anda kena jumpa one-to-one dengan PM, jika dapat masa,” jelas Rafizi.

Tambahnya, naratif kerajaan yang dianggap mengisytihar ‘perang’ terhadap golongan mahakaya juga telah ‘backfire’ dan menyakiti hati komuniti perniagaan.

“Perkataan itu seolah-olah mengisytiharkan perang. Bila golongan atas terasa, itu mendorong mereka beritahu yang di bawah, ini kerajaan yang menindas,” ujarnya.

Rafizi memperingatkan akhirnya, peniaga kecil dan sederhana merasakan diri mereka menjadi ‘bola’ yang dikenakan tekanan atas nama politik.

Kenyataan ini mencetuskan tanda tanya tentang dinamik sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok