Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata hanya akan membuat keputusan mengenai status kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas menerima surat rasmi pengosongan kerusi daripada Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut beliau, sebarang tindakan termasuk keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) perlu dibuat berdasarkan dokumen rasmi dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya cuma boleh bertindak setelah menerima dokumentasi, bukan sekadar berdasarkan maklumat lain,” katanya seperti dilaporkan FMT.
Kenyataan itu hadir susulan pengumuman Rafizi dan Nik Nazmi yang mengosongkan kerusi masing-masing selepas mengambil keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama).
Dalam sidang media pada Ahad, Rafizi berkata keputusan sama ada PRK perlu diadakan atau tidak diserahkan sepenuhnya kepada Speaker Dewan Rakyat.
Beliau bagaimanapun berpandangan PRK tidak sepatutnya diadakan memandangkan Parlimen penggal ini sudah melepasi tempoh tiga tahun.
Namun, katanya, terdapat peruntukan yang membolehkan Speaker memutuskan PRK perlu diadakan jika kekosongan itu memberi kesan kepada majoriti kerajaan.
Isu itu menjadi perhatian kerana Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRK tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Parlimen terbubar secara automatik.
Parlimen penggal ke-15 mula bersidang pada 19 Disember 2022 selepas PRU15, sekali gus bermakna tempoh dua tahun terakhir bermula pada 19 Disember tahun lalu.
Rafizi dan Nik Nazmi yang sebelum ini memegang jawatan menteri dalam kerajaan perpaduan mengumumkan pengunduran mereka daripada PKR pada Isnin.
Kedua-duanya dijangka menyerahkan surat rasmi pengosongan kerusi kepada Speaker esok, manakala surat kepada Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh akan dihantar sehari selepas itu.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar