SPM tidak ditangguh, Ops Payung digerakkan bantu calon terjejas

November 25, 2025 · Isu semasa

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan seperti dijadualkan dan tidak akan ditangguh meskipun negara berdepan dengan situasi banjir di beberapa buah negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme yang lengkap, termasuk Ops Payung, untuk memastikan keselamatan dan kelancaran peperiksaan.

“Kita telah membuat persediaan secukupnya dan telah membuktikan bahawa kita mampu memastikan anak-anak hadir ke peperiksaan SPM dengan SOP sedia ada,” katanya selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan hari ini.

“KPM memang yakin dengan SOP, pekeliling, dan Ops Payung yang bakal diaktifkan sekiranya berlaku bencana banjir. Kita mampu menghadapi situasi ini dan memastikan peperiksaan berjalan lancar,” tambah Wong.

Ops Payung merangkumi pelbagai langkah praktikal seperti menyediakan pengangkutan khas untuk calon, memindahkan pusat peperiksaan ke lokasi yang lebih selamat, serta menempatkan semula calon di asrama sekolah atau pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Wong, setakat ini seramai 317 calon dari tujuh negeri telah dilaporkan terjejas akibat banjir.

Negeri-negeri terlibat adalah Kelantan (72), Pulau Pinang (6), Kedah (24), Terengganu (2), Perlis (45), Perak (167), dan Selangor (1).

“Empat pusat peperiksaan alternatif telah dibuka, termasuk di Tumpat, Kelantan; Kulim, Bandar Baharu; dan satu di Pangkor, Perak bagi menampung 20 calon dari Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang terjejas akibat tanah runtuh,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar, mengesahkan satu sekolah di Pangkor terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan.

“Kita pindahkan 20 calon ini ke pusat kokurikulum dan mereka akan mengambil peperiksaan di Sekolah Menengah Pangkor yang berhampiran bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini,” ujarnya.

Secara keseluruhan, seramai 413,372 calon menduduki SPM tahun ini daripada pelbagai jenis sekolah dan calon persendirian.

Berita berkaitan
Jerebu: KPM tutup sekolah di lapan PPD Selangor
October 15, 2026· Isu semasa
Jerebu: KPM pantau situasi, maklumat penutupan sekolah ditambah baik
October 12, 2026· Isu semasa
KPM mahu punca kematian Irene Sofiya dibongkar sepenuhnya: Fadhlina
October 4, 2026· Isu semasa
KPM hentikan program penceramah bebas susulan dakwaan tular
October 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
9 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
12 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
12 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
16 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok