KPM mahu punca kematian Irene Sofiya dibongkar sepenuhnya: Fadhlina

October 4, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu semua aspek berkaitan kejadian kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diperiksa secara menyeluruh tanpa menyembunyikan sebarang maklumat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata semakan perlu merangkumi rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan, kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah berkenaan.

Beliau turut meminta syarikat kawalan keselamatan yang terlibat memberikan kerjasama penuh bagi membantu melengkapkan semakan.

“Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.

“KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Fadhlina berkata, sokongan kaunseling turut disediakan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan susulan kejadian itu.

Beliau turut meminta semua pihak menghormati keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berdasarkan fakta.

“Tiada apa-apa boleh disembunyikan. Kita mahu kebenaran diperoleh berdasarkan fakta dan bukan spekulasi,” katanya.

Irene Sofiya, 16, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.

Mangsa dilaporkan hadir ke sekolah pada sebelah petang bagi mengikuti kelas tambahan sebelum ditemukan di dalam dewan sekolah.

Kejadian itu turut mengejutkan keluarganya selepas seorang rakan bertanyakan kepada nenek mangsa sama ada Irene berada di rumah pada tengah hari.

Fadhlina berkata, beliau telah berada di Yong Peng bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kejadian itu, selain menerima taklimat daripada PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan pihak sekolah.

Beliau turut bertemu keluarga mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

“Seorang anak telah pergi dan keluarganya berhak mendapat jawapan,” katanya.

Menurut Fadhlina, berdasarkan maklumat PDRM, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Dalam perkembangan sama, KPM menegaskan kebajikan murid serta warga sekolah yang terkesan akan terus diberi perhatian sepanjang proses siasatan berlangsung.

Berita berkaitan
Buli siber, kandungan palsu tidak boleh dinormalisasikan: MCMC
October 19, 2026· Isu semasa
Fahmi kecam buli siber mahasiswa UM, minta mangsa buat laporan
October 18, 2026· Isu semasa
24 kawasan catat IPU tidak sihat, Johor tertinggi
October 17, 2026· Isu semasa
Jerebu: KPM tutup sekolah di lapan PPD Selangor
October 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026 · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026 · Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026 · Isu semasa
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
17 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok