Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas proses perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan terhadap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang mendedahkan isu ketidakaturan serius dalam pengurusan kewangan universiti itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata siasatan tertumpu kepada aspek tatakelola serta kemungkinan wujud tuntutan palsu berkaitan program pengambilan pelajar.
“Kita sudah memulakan siasatan dan sedang mendapatkan kerjasama daripada UKM untuk meneruskan proses ini. Dua kertas siasatan telah dibuka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini.
Menurut beliau, fokus awal siasatan adalah terhadap program pengambilan pelajar yang didapati tidak mendapat kelulusan ahli lembaga pengarah, selain isu tuntutan yang meragukan.
Setakat ini, tiada saksi dipanggil dan SPRM sedang mengumpul dokumen penting daripada pihak universiti.
Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini mendedahkan pelanggaran tatakelola dalam kutipan dan pengagihan yuran pelajar, termasuk transaksi yang tidak mematuhi peraturan kewangan.
Antara dapatan utama ialah kutipan yuran berjumlah RM50.74 juta yang dibuat oleh pihak tidak diberi kuasa, iaitu Koperasi B-5-1788.
Jumlah itu melibatkan program Sarjana Pendidikan (SPEND) sebanyak RM3.53 juta dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sebanyak RM47.21 juta.
Audit turut mendapati hasil yuran pelajar berjumlah RM32.36 juta yang diagihkan kepada koperasi berkenaan, termasuk RM0.87 juta diterima melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sistem eKewangan, tidak direkodkan sebagai hasil rasmi UKM.
Selain itu, agihan yuran yang dikutip daripada pelajar SPEND dan DPLI berjumlah RM21.02 juta dilaporkan lewat diserahkan kepada UKM antara 31 hingga 291 hari.
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan