SPRM kenal pasti individu lain dalam kes rasuah Tentera Darat

January 2, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan terdapat beberapa individu lain yang dikenal pasti terbabit dalam kes rasuah yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Tentera Darat, hasil siasatan yang sedang giat dijalankan ketika ini.

Menurut SPRM, petunjuk baharu itu diperoleh susulan siasatan terhadap beberapa projek tender perolehan Tentera Darat yang telah bermula sejak beberapa minggu lalu.

Pendedahan berkenaan turut dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi agensi tersebut.

“Beberapa individu lain telah dikenal pasti mempunyai kaitan dengan kes ini dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan serta bukti yang diperoleh,” menurut kenyataan SPRM hari ini.

Sementara itu, SPRM mengesahkan proses pengesanan serta sekatan aset sedang dilaksanakan bagi membantu siasatan.

Namun begitu, agensi itu menegaskan maklumat terperinci berkaitan nilai aset atau jumlah akaun bank yang terlibat tidak dapat didedahkan buat masa ini.

“SPRM tidak boleh memaklumkan jumlah nilai aset atau akaun bank kepada media kerana siasatan masih berjalan dan tidak semua aset dibekukan sepenuhnya,” katanya.

SPRM turut memaklumkan individu utama yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan masih menerima rawatan perubatan, sekali gus menyebabkan proses pengambilan keterangan belum dapat disempurnakan.

“Keterangan individu berkenaan masih belum diambil sepenuhnya. SPRM menghormati aspek kesihatan serta hak individu itu selaras dengan prinsip undang-undang dan keterangan akan diambil sebaik sahaja beliau disahkan sihat oleh pihak perubatan,” jelas kenyataan itu.

Menurut SPRM lagi, tiada tempoh masa khusus ditetapkan bagi melengkapkan siasatan kerana ia bergantung kepada tahap kerumitan kes, bilangan saksi yang perlu dipanggil serta keperluan analisis dokumen dan transaksi kewangan.

Kes ini terus menjadi perhatian ramai memandangkan ia melibatkan sektor pertahanan negara, dengan SPRM menegaskan komitmen untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh tanpa kompromi.

Berita berkaitan
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
14 jam lalu· Isu semasa
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
21 jam lalu· Politik
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
17 jam lalu · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
18 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar
April 27, 2026 · Isu semasa
Seorang lelaki disiasat berhubung kandungan hina Sultan Selangor: MCMC
April 27, 2026 · Isu semasa
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
April 27, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok