SPRM masih teruskan siasatan aset Dr Mahathir, tunggu maklumat dari UK

September 9, 2025 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih aktif dijalankan sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata pihaknya sedang dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) mengenai aset-aset yang dimiliki oleh Dr Mahathir.

“Siasatan terhadap Tun M masih lagi dijalankan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa UK berhubung aset-aset yang dimilikinya,” jelas Azam Baki dalam satu sidang media hari ini.

Beliau menambah, “Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan.”

Siasatan ini, yang bermula sejak Ogos 2022, menyasarkan semua entiti yang dinamakan dalam laporan Kertas Pandora dan Kertas Panama.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil kedua-dua anak Dr Mahathir, iaituMokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir, untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pada Januari lalu, SPRM mendedahkan kedua-dua anak tersebut memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion yang melibatkan pegangan aset dan saham. Berdasarkan pengisytiharan harta, Mokhzani didapati memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan memiliki aset sebanyak RM246.2 juta.

Azam Baki menegaskan semua data yang diperoleh adalah hasil daripada analisis pegawai forensik SPRM serta beberapa penilaian terhadap jumlah aset yang telah diisytiharkan oleh mereka.

Siasatan kini memfokuskan untuk mengesahkan maklumat yang diterima daripada sumber antarabangsa.

Berita berkaitan
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
October 22, 2026· Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
8 jam lalu · Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
8 jam lalu · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
8 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
14 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok