SPRM mohon lucut harta keluarga Daim, mahkamah sekat dedah butiran

December 10, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk melucut hak harta milik keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang pendedahan butiran sensitif berhubung pihak terlibat dan aset terbabit selepas peguam Nizamuddin Abdul Hamid, yang mewakili responden, memohon supaya identiti individu, nombor akaun bank serta maklumat peribadi lain tidak didedahkan kepada umum.

Permohonan itu tidak dibantah oleh pihak Pendakwa Raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, M Esther Jacyntha.

“Maklumat terbabit tidak boleh didedahkan, bukan mengenai prosiding, tetapi membabitkan hak peribadi anak guam kami berkaitan maklumat sensitif,” kata Nizamuddin dipetik laporan media.

Pendakwa Raya melalui notis permohonan difailkan pada 28 November lalu memohon perintah mahkamah untuk melucut hak harta yang telah disita, walaupun tiada pendakwaan jenayah difailkan.

Permohonan itu dibuat bawah Seksyen 41 Akta SPRM, dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah juga dimohon supaya perintah itu disiarkan dalam Warta bagi memanggil mana-mana pihak berkepentingan hadir dan memberikan sebab mengapa harta berkenaan tidak wajar dilucut hak.

Permohonan itu menyatakan bahawa aset terbabit dikaitkan dengan kesalahan bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM, iaitu kegagalan mematuhi notis pengisytiharan harta.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan perintah larangan bersuara dan menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan untuk prosiding pihak ketiga berkepentingan.

Dalam kenyataan media, Nizamuddin mempersoalkan tindakan SPRM yang disifatkannya tidak menyatakan kesalahan khusus selain isu pematuhan prosedur.

“Siasatan bermula sejak Februari 2023 dan selepas hampir tiga tahun, tiada kejelasan diberikan kepada anak guam kami,” katanya.

Beliau turut mendakwa tindakan berterusan itu menimbulkan kebimbangan terhadap pematuhan kedaulatan undang-undang.

“SPRM perlu menjalankan kuasa mengikut undang-undang dan tidak menindas. Anak guam kami berharap mereka tidak terus menjadi sasaran salah guna kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
4 jam lalu· Isu semasa
Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei
8 jam lalu· Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
June 8, 2026· Isu semasa
SPRM bongkar syarikat proksi dalam skandal rasuah, aset RM186.6 juta dibeku: Laporan
June 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
June 8, 2026 · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026 · Isu semasa
MCMC perketat pemantauan judi dalam talian menjelang Piala Dunia
June 8, 2026 · Isu semasa
Anwar puji kejayaan Kementerian Komunikasi beri penerangan BUDI95
June 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok