SPRM mohon sekat Na’imah urus aset Jersey, pendengaran Ogos ini

June 18, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 Ogos depan untuk mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghalang Na’imah Abdul Khalid daripada menguruskan aset luar pesisir di Jersey, sebuah wilayah naungan Mahkota British.

Permohonan itu difailkan SPRM selaku pendakwa raya bagi mendapatkan perintah mahkamah menghalang Na’imah atau mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengannya daripada menguruskan aset luar pesisir yang dianggarkan bernilai AS$157.5 juta dan GBP85 juta.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh berkenaan ketika prosiding pengurusan kes yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat serta peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Na’imah.

Na’imah tidak hadir dan diberikan pengecualian daripada menghadiri prosiding tersebut.

Menurut dokumen mahkamah, SPRM memfailkan permohonan itu pada 25 Jun tahun lalu dengan mendakwa aset berkenaan diperoleh oleh Na’imah atau individu yang mempunyai kaitan dengannya di Malaysia, namun tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) susulan siasatan di bawah Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA.

Dalam afidavit permohonan, SPRM mendakwa aset yang terletak di Jersey itu adalah sebahagian daripada harta yang sedang disiasat dan perlu dilindungi daripada sebarang urusan yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Kes itu merupakan permohonan ketiga yang difailkan pihak pendakwaan berkaitan aset luar negara yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin.

Sebelum ini, pada Jun 2025, SPRM turut memfailkan permohonan untuk menghalang Na’imah, anaknya Muhammed Amir Zainuddin, dua individu lain serta lima syarikat daripada menguruskan wang pelaburan berjumlah GBP21 juta dan AS$99 juta di Singapura.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada 22 Mei lalu menolak permohonan tersebut.

Sementara itu, satu lagi prosiding membabitkan The Ilham Foundation akan diputuskan pada 30 Jun ini.

Mahkamah dijadualkan membuat keputusan terhadap permohonan Na’imah untuk membatalkan tindakan SPRM yang membekukan beberapa bangunan komersial dan kediaman di London, United Kingdom yang dianggarkan bernilai GBP132 juta.

Kes ini adalah sebahagian daripada siri siasatan SPRM terhadap aset yang dikaitkan dengan Daim, keluarganya dan individu yang dipercayai bertindak sebagai proksi.

Pada Mei tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Azam Baki, mendedahkan lapan kertas siasatan dibuka susulan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar negara.

Pendengaran pada Ogos nanti dijangka menjadi antara perkembangan penting dalam usaha SPRM mendapatkan perintah mahkamah bagi mengawal aset luar negara yang sedang menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram dan pelanggaran undang-undang percukaian.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
16 jam lalu· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
16 jam lalu· Politik
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
19 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
9 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
9 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok