SPRM nafi dakwaan acu pistol ketika tahan Tei

November 28, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sekeras-kerasnya tuduhan pegawainya mengacukan pistol ke kepala ahli perniagaan, Albert Tei, ketika operasi tangkapan di kediamannya di Puchong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menegaskan tindakan penahanan itu dijalankan sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menyifatkan dakwaan yang tular itu sebagai tidak berasas.

“SPRM ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai mengacukan senjata di kepala Albert Tei ketika tangkapan dilakukan.

“Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat fitnah terhadap pegawai kami,” katanya dalam kenyataan.

Azam turut menjelaskan laporan polis dibuat bagi mengelakkan mana-mana pihak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan siasatan semasa.

Terdahulu, isteri Tei, yang dikenali sebagai Lee, mendakwa suaminya diarahkan berbaring sebelum digari, dan mendakwa melihat seorang pegawai “mengambil pistol dan tunjuk ke arah kepala” suaminya, walaupun “ada jarak sedikit”.

Dia turut mendakwa telefon bimbit keluarganya dirampas dan pegawai memeriksa seluruh rumah kerana bimbang terdapat kamera tersembunyi.

Serbuan itu melibatkan pegawai SPRM yang memakai kelengkapan taktikal penuh, termasuk jaket kalis peluru dan balaklava, sebelum Tei dibawa menaiki sebuah kereta sedan hitam.

Tei sebelum ini dikaitkan dengan usaha melobi ahli politik di Sabah bagi mendapatkan lesen cari gali mineral, namun lesen itu tidak diperoleh.

Terbaharu, beliau mendakwa telah membelanjakan RM629,000 untuk bekas setiausaha politik perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang didakwa memberi jaminan akan mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik tertentu.

SPRM bagaimanapun menegaskan siasatan terhadap kes berkenaan sedang berjalan dan menyeru semua pihak berhenti menyebarkan dakwaan yang belum disahkan.

Berita berkaitan
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026· Politik
Timbalan CEO SSM didakwa terima rasuah RM50,000 daripada anak Hamzah
March 12, 2026· Isu semasa
Kabinet serah tindakan susulan isu saham Azam Baki kepada KSN
March 11, 2026· Isu semasa
Lembaga disiplin JPA teliti laporan isu saham Azam Baki
March 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
6 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok