SPRM perlu pantas tangani persepsi, elak maklumat mengelirukan: Azam Baki

January 17, 2026 · Isu semasa

Dalam era media sosial yang bergerak sepantas garis masa digital, persepsi awam tidak dapat dielakkan dan boleh terbentuk dalam sekelip mata.

Justeru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak pantas bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih dan tepat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, realiti hari ini menuntut agensi penguat kuasa itu lebih responsif dalam menangani persepsi, sama ada positif atau negatif, yang timbul susulan tindakan diambil.

“Kita jangan hidup dalam alam sendiri. Persepsi ini memang wujud dan kita tak boleh halang orang daripada berfikir. Apa yang penting ialah bagaimana dan seberapa cepat kita menjawab isu tersebut,” katanya dipetik laporan media semasa berucap dalam satu program dalaman SPRM.

Menurut beliau, kelewatan memberi penjelasan boleh menyebabkan sesuatu persepsi negatif terus dipercayai masyarakat, malah boleh mengakar dalam tempoh kurang 24 jam.

“Kalau kita tak jawab dengan cepat, orang akan percaya. Sebab itu kecekapan komunikasi sangat penting,” jelasnya sambil merakamkan penghargaan kepada Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM.

Sementara itu, Pengarah BKS SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, SPRM sememangnya sering menjadi tumpuan dan sasaran persepsi kerana peranannya yang kritikal dalam membanteras rasuah.

Katanya, setiap tindakan penguatkuasaan pasti mengundang pelbagai reaksi.

“BKS sentiasa memastikan setiap isu dan persepsi yang timbul dapat ditangani secara profesional, berfakta dan telus,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menegaskan kerjasama erat antara bahagian dan negeri di bawah SPRM menjadi kekuatan utama dalam mengurus persepsi awam.

Berita berkaitan
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
November 24, 2026· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok