SPRM siasat pembelian hartanah, kondo kaitkan pegawai kanan DBKL

August 27, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat transaksi pembelian beberapa hartanah yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang dalam tahanan reman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan individu tersebut merupakan pegawai berjawatan tinggi bergred Jusa B yang berkhidmat di bawah pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Dia antara pengarah kanan di bawah pejabat Datuk Bandar. Sebahagian siasatan SPRM kini membabitkan pembelian hartanah, terutamanya sebuah kondominium yang dikaitkan dengannya,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Azam Baki, siasatan terhadap kes ini masih lagi aktif dijalankan oleh SPRM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan tiga individu termasuk pegawai kanan DBKL berusia lingkungan 50-an telah direman selama empat hari kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah yang dipercayai telah berlangsung sejak 11 tahun lalu.

Pegawai tersebut ditahan di pejabatnya pada jam 4 petang.

Dua lagi individu yang turut ditahan ialah seorang pemilik syarikat dan seorang wanita berusia 40-an. Mereka ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur antara jam 1 hingga 2 petang.

Ketiga-tiga mereka disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah sejak tahun 2014 dengan pemilik syarikat tersebut didakwa memberikan wang sogokan kepada pegawai DBKL sebagai balasan untuk membantu mendapatkan projek daripada agensi berkenaan.

Dalam operasi tersebut, SPRM telah merampas wang tunai sekitar RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenama Lexus RX500h dan Mini Cooper, serta beg tangan dan kasut berjenama mewah Hermès dan Louis Vuitton.

Sebanyak 19 akaun bank milik individu dan syarikat yang terlibat, dengan nilai melebihi RM7 juta juga telah dibekukan bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
DBKL potong sewa tapak penjaja 50 peratus mulai April: Hannah Yeoh
March 14, 2026· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026· Politik
Timbalan CEO SSM didakwa terima rasuah RM50,000 daripada anak Hamzah
March 12, 2026· Isu semasa
Lembaga disiplin JPA teliti laporan isu saham Azam Baki
March 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
3 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
3 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
4 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok