Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat

November 15, 2026 · Isu semasa

Pemimpin dan pemegang jawatan perlu menjunjung integriti serta berani menyampaikan nasihat yang benar kepada raja, termasuk perkara yang mungkin pahit untuk didengar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, setiap individu yang diberikan kedudukan dan amanah perlu mengutamakan kepentingan rakyat, berkhidmat dengan ikhlas serta menjauhkan diri daripada kepentingan peribadi.

Baginda menegaskan, pembesar yang mendampingi institusi raja mempunyai tanggungjawab memastikan suara dan rintihan rakyat disampaikan kepada pengetahuan pemerintah.

“Para pembesar yang mendampingi takhta, wajib menjunjung integriti, menyembahkan nasihat yang benar betapa pahit sekalipun dan memastikan suara dan rintihan rakyat sampai kepada pengetahuan raja, agar raja pemerintah tidak leka diulit mimpi indah tetapi palsu,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-70 Sultan Perak di Istana Iskandariah, hari ini.

Dalam titah itu, baginda turut menyentuh kepentingan menghayati warisan Kesultanan Perak menerusi dua alat kebesaran diraja, iaitu Pedang Cura Si Manja Kini dan Keris Taming Sari yang diwarisi daripada Kesultanan Melaka.

Menurut baginda, kedua-dua alat kebesaran itu bukan sekadar lambang sejarah dan kekuasaan, sebaliknya membawa amanah serta peringatan mengenai hubungan antara raja, rakyat dan negeri.

“Warisan yang mengingatkan kita bahawa kekuatan hendaklah dipandu oleh akal, keberanian dipimpin kebenaran, dan kekuasaan dilaksanakan dengan adil,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan setiap pemegang kuasa supaya memiliki keberanian menegakkan kebenaran, namun keberanian itu perlu disertai kebijaksanaan dan kejujuran.

Sultan Nazrin bertitah, sesuatu istiadat tidak seharusnya dilihat sekadar upacara rasmi, sebaliknya perlu menanam kesedaran terhadap tanggungjawab bersama dalam sebuah negeri beraja dan rakyat bersultan.

Baginda turut menegaskan kepentingan masyarakat mengenali sejarah dan akar jati diri, terutama ketika negara bergerak pantas menghadapi perubahan zaman.

Dalam konteks pemerintahan moden, Sultan Nazrin bertitah, amanah pemerintahan menuntut penghormatan terhadap Perlembagaan, keluhuran undang-undang, keadilan pentadbiran serta perlindungan terhadap kesejahteraan rakyat.

“Kuasa wajib disempurnakan secara adil, pertimbangan wajib berpandukan hikmah dan keputusan wajib menimbangkan kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Titah itu sekali lagi mengingatkan golongan pemimpin dan pentadbir negara, integriti bukan sekadar prinsip peribadi, sebaliknya asas penting dalam memastikan pemerintahan yang adil, telus dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Berita berkaitan
Pemimpin rasuah bukan wajar diagungkan: Anwar
November 14, 2026· Isu semasa
Mahfuz ingatkan pengundi Melaka jangan angkat Najib sebagai wira
November 13, 2026· Politik
Majlis Peguam bebas cabar isu tahanan rumah Najib: Azalina
November 12, 2026· Politik
Mahkamah Rayuan benarkan 1MDB kemuka afidavit baharu terhadap Rosmah
November 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
8 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok