SPRM terima tiga aduan rasuah PRN Johor, calon turut dikaitkan

July 9, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga maklumat berkaitan dakwaan rasuah sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, termasuk satu kes yang dikatakan membabitkan seorang calon.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata, satu daripada maklumat itu diterima daripada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di Batu Pahat, manakala dua lagi datang daripada orang awam.

Menurutnya, semua maklumat berkenaan sedang melalui proses penilaian sebelum tindakan lanjut diambil mengikut undang-undang.

“Kalau ada kesalahan rasuah dalam pilihan raya yang sedang berlangsung ini, tidak kira apa parti, calon, pengundi ataupun penyokong, kalau terdapat unsur rasuah, itu tetap rasuah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan rasuah melibatkan calon di Batu Pahat, namun enggan mendedahkan butiran lanjut bagi mengelakkan siasatan terjejas.

“Saya tidak akan komen apa-apa, tetapi dalam kes ini ia melibatkan calon,” katanya.

SPRM turut mengaktifkan lima bilik gerakan pilihan raya di Johor Bahru, Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Mersing bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta kegiatan membeli undi sepanjang kempen berlangsung.

Abd Halim menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencemarkan proses demokrasi, tanpa mengira kedudukan politik atau latar belakang individu terbabit.

“Pilihan raya yang bersih bukan sahaja menjamin integriti sistem demokrasi, malah memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan calon, parti politik, penyokong dan pengundi supaya mematuhi undang-undang pilihan raya, terutama larangan memberi atau menerima suapan sebagai pertukaran sokongan.

PRN Johor kali ini menyaksikan persaingan sengit untuk merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan lebih 2.7 juta pemilih biasa dijangka menunaikan tanggungjawab pada Sabtu ini.

Isu integriti kempen menjadi antara perhatian utama menjelang hari pengundian, terutama selepas pelbagai parti meningkatkan gerak kerja di kawasan tumpuan dan persaingan semakin panas di beberapa kerusi marginal.

SPRM meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai bukti atau mengetahui kegiatan rasuah pilihan raya, termasuk pemberian wang, hadiah, barangan atau janji imbuhan bagi mempengaruhi keputusan pengundi.

Berita berkaitan
Calon MCA belum terima watikah BN, isu kerusi belum selesai?
4 jam lalu· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
12 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
15 jam lalu· Isu semasa
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
5 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
5 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok