Status kes serangan anak Rafizi bergantung siasatan polis: Saifuddin

January 31, 2026 · Politik

Status siasatan kes serangan membabitkan anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan perkembangan dan hasil siasatan polis, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata pihaknya tidak akan campur tangan atau mengeluarkan sebarang arahan muktamad kerana ia boleh dilihat sebagai mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

Menurutnya, keputusan sama ada kes itu akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atau sebaliknya bergantung kepada bukti serta petunjuk yang ditemui oleh polis dari semasa ke semasa.

“Apabila sesuatu insiden berlaku dan laporan polis dibuat, tanggungjawab utama polis adalah menjalankan siasatan secara profesional. Proses ini berjalan mengikut perkembangan maklumat dan petunjuk baharu yang diperoleh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Fasa 2 daerah Kulim, hari ini.

Tambah Saifuddin, keputusan akhir berhubung pengelasan kes tersebut diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan profesionalisme pasukan polis.

“Saya serahkan kepada mereka sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai NFA atau diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa keluarga Rafizi dan memaklumkan telah menghubungi Ahli Parlimen Pandan itu bagi bertanyakan khabar, termasuk selepas kejadian berkenaan berlaku.

Kes ini kembali menjadi perhatian selepas Rafizi, yang juga bekas Menteri Ekonomi, menyatakan kesediaannya untuk mengusulkan kepada kerajaan dan pihak berkuasa supaya siasatan dihentikan sekiranya tiada perkembangan walaupun selepas enam bulan.

Beliau dilaporkan akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pihak polis jika situasi tersebut berlarutan.

Rafizi juga dilaporkan berkata beliau menerima dengan hati terbuka sekiranya kes berkenaan berakhir tanpa sebarang tindakan lanjut, memandangkan beliau kini tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Berita berkaitan
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu· Isu semasa
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Godam MyIMMs dibuat pegawai sendiri, KDN beri amaran kepada pengkhianat
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok