Status Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat masih menjadi tanda tanya.
Status Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sama ada khidmatnya akan disambung atau tidak masih menjadi tanda tanya dan persoalan berlegar siapa pula yang menjadi penggantinya jika tidak dilanjutkan kontrak.
Ketua Hakim Negara ke-10 itu dijadual bersara secara rasmi apabila mencapai usia 66 tahun pada 2 Julai ini (Rabu) iaitu umur persaraan wajib hakim.
Hari terakhir perkhidmatan beliau pada Selasa ini.
Malah, ketika ditemui pihak media selepas majlis pelantikan hakim pada 20 Mei lalu, Tengku Maimun mengesahkan belum menerima tawaran untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan.
Dalam isu sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor (DAP), Ramkarpal Singh pula meminta kerajaan supaya memuktamadkan tanda tanya berhubung status Tengku Maimun dengan mengumumkan sama ada dilanjutkan kontrak atau sebaliknya.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang DAP berpendirian, tiada salahnya ketiga-tiga hakim tertinggi itu diberi tempoh lanjutan perkhidmatan selama enam bulan lagi kerana mereka telah melaksanakan tugas dengan baik.
“Ini bukan melibatkan seorang hakim, malahan tiga orang termasuk dua yang menduduki hierarki teratas badan kehakiman (Tengku Maimun dan Abang Iskandar). Penting untuk kerajaan menjelaskan mengapa khidmat mereka tidak dilanjutkan.
“Meskipun, tempoh lanjutan masa bukan automatik, tiada alasan mendesak yang tidak membolehkan khidmat ketiga-tiganya dipanjangkan enam bulan lagi.
“Tinggal beberapa hari sahaja Tengku Maimun dan Abang Iskandar akan bersara manakala Nallini juga tidak lama lagi, kerajaan sepatutnya membuat pengumuman kerana ia melibatkan kepentingan awam,” ujarnya dalam hantaran Facebook hari in
Tengku Maimun yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dilantik memegang jawatan tertinggi kehakiman pada 2 Mei 2019 menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara wajib.
Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November 2018 selepas memulakan tugas sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Januari 2013.
Tengku Maimun merupakan hakim wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1982.
Menurut laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Tengku Maimun memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan kemudian pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara (AGC).
Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Port Dickson dan Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu.
Antara jawatan lain yang dipegangnya termasuk Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Hakim Besar Malaya dan kepada Ketua Hakim Negara selain memegang jawatan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2005 hingga 2006.
Pada 2 Oktober 2006, Tengku Maimun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Pada 5 September 2007, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen