SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak

March 15, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa kerajaan mengenakan moratorium segera terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas kanak-kanak yang didakwa terlibat dengan aktiviti berkaitan keganasan, khususnya mereka yang direkrut melalui media sosial dan platform permainan dalam talian.

Dalam kenyataan bersama hari ini, SUHAKAM mempersoal tindakan menggunakan undang-undang keselamatan itu terhadap golongan bawah umur.

Menurut SUHAKAM, kanak-kanak yang terlibat dalam kes sedemikian sebenarnya adalah mangsa manipulasi dan indoktrinasi oleh rangkaian ekstremis dalam talian, justeru mereka perlu dilayan sebagai mangsa eksploitasi dan bukan pesalah jenayah.

“Kanak-kanak ini sewajarnya diberi perlindungan, pemulihan dan intervensi psikososial, bukannya dikenakan penahanan keselamatan yang ketat,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan dengan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia-Hak Kanak-Kanak (KRPPM-Hak Kanak-Kanak) serta beberapa pertubuhan masyarakat sivil

SUHAKAM turut menegaskan kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memansuhkan atau meminda SOSMA dengan memasukkan mekanisme pengawasan kehakiman serta perlindungan lebih kukuh bagi mengelakkan penyalahgunaan undang-undang tersebut.

Menurut suruhanjaya itu, pendekatan berteraskan hak kanak-kanak lebih sesuai bagi menangani ancaman baharu perekrutan ekstremis secara dalam talian.

“Melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi keganasan memerlukan sistem perlindungan yang kukuh, langkah pencegahan awal dan usaha pemulihan menyeluruh, bukannya penahanan keselamatan berpanjangan,” katanya.

SOSMA diperkenalkan pada 2012 sebagai undang-undang khas bagi menangani ancaman keselamatan negara termasuk keganasan dan jenayah terancang.

Namun, undang-undang itu sering menjadi perdebatan kerana membenarkan penahanan tanpa jaminan bagi tempoh tertentu dan mempunyai proses khas dalam pendakwaan.

SUHAKAM berkata penggunaan SOSMA terhadap kanak-kanak tidak selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak serta komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang disertai negara ini sejak 1995.

Sebagai alternatif, suruhanjaya itu menekankan kes kanak-kanak yang terdedah kepada pengaruh ekstremis perlu ditangani melalui mekanisme perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk kaunseling, program pemulihan daripada pengaruh radikal serta sokongan keluarga dan komuniti.

“Intervensi perlu merangkumi sokongan psikososial yang sesuai, pemantauan berstruktur dan penglibatan aktif ibu bapa bagi mengurangkan risiko kejadian berulang,” menurut kenyataan itu.

SUHAKAM menegaskan pihaknya komited untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dan agensi penguatkuasaan bagi memastikan usaha membanteras keganasan dilaksanakan selaras dengan prinsip hak asasi manusia serta melindungi kepentingan terbaik setiap kanak-kanak.

Berita berkaitan
Malaysia terus desak hentikan keganasan dunia: PMX
March 16, 2026· Isu semasa
12 orang ditahan kes serangan rumah Cikgu Chandra
March 16, 2026· Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
February 10, 2026· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
February 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
10 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
10 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
10 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
10 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok