Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Lawatan Negara ke Rusia

August 2, 2025 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat mengadakan Lawatan Negara ke Rusia pada 5 hingga 10 Ogos ini atas jemputan Presiden, Vladimir Putin.

Menurut kenyatan Istana Negara, baginda akan melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke negara tersebut sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada 1967.

“Lawatan ini turut melambangkan peranan institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara,” katanya.

Jelasnya, lawatan itu bukan sahaja akan memperkukuh hubungan dua hala sedia ada malah akan membuka ruang kerjasama baharu dalam pelbagal bidang, termasuk perdagangan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan sesama rakyat.

Selaku Pengerusi Asean 2025, Malaysia turut memainkan peranan signifikan mengeratkan kerjasama strategik dalam konteks Rusia sebagai Rakan Dialog Asean sejak 1996, ujarnya.

Tambah kenyataan itu, semasa berada di Moscow, baginda akan diterima Presiden Putin dalam satu Istiadat Sambutan Negara di Kremlin diikuti dengan pertemuan rasmi antara kedua-dua ketua negara.

Katanya, Sultan Ibrahim akan berangkat menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan Presiden Persekutuan Rusia.

Baginda turut berkenan untuk mencemar duli melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) serta Hab Teknologi dan Inovasi Tochka Kipeniya.

Selesai lawatan ke Moscow, Sultan Ibrahim turut berkenan untuk berangkat mengadakan lawatan ke republik autonomi Rusia dengan majoriti penduduknya beragama Islam, Kazan di Republik Tatarstan pada 8 Ogos ini.

Di Kazan, baginda berkenan untuk menerima menghadap Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov dan berangkat mengadakan lawatan ke pusat pembuatan dan pemasangan helikopter.

Berita berkaitan
Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Kebangsaan ke-69
August 31, 2026· Isu semasa
Agong harap Sambutan Hari Kebangsaan esok berjalan lancar
August 30, 2026· Isu semasa
Anwar: Lepas TH, Agong titah bongkar Felda
August 15, 2026· Politik
Menteri Agama: Tiada kompromi dalam siasatan RCI TH
August 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026 · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
September 6, 2026 · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok