Suri rumah rugi RM18,408 terpedaya job scam

October 4, 2026 · Isu semasa

Seorang suri rumah berusia 23 tahun mengalami kerugian RM18,408 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan dari rumah yang rupanya menjadi perangkap penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali berkata, mangsa tertarik dengan iklan pekerjaan membungkus barang yang menawarkan bayaran komisen menerusi Facebook pada 30 September lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan sebelum diarahkan berurusan melalui aplikasi Telegram.

“Mangsa diminta mengisi borang maklumat peribadi sebelum diarahkan membuat tempahan membungkus barang setiap hari.

“Selepas barang sampai ke alamat rumah, mangsa perlu membuat penghantaran. Bagaimanapun, mangsa diarahkan membuat bayaran pendahuluan bagi setiap borang atau tugasan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Ali berkata, mangsa melakukan 12 transaksi ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM18,408.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diarahkan membuat beberapa pembayaran tambahan, namun komisen yang dijanjikan tidak pernah diterima.

“Hasil siasatan mendapati akaun yang menerima transaksi mangsa merupakan akaun keldai, manakala akaun Facebook digunakan suspek dipercayai hanya untuk tujuan penipuan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu atau memperdayakan seseorang sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang.

Mohammad Ali turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan dari rumah yang menjanjikan pendapatan lumayan dengan tugasan mudah.

Beliau berkata, orang ramai perlu membuat semakan terlebih dahulu sebelum memberikan maklumat peribadi atau melakukan sebarang pembayaran kepada pihak yang tidak dikenali.

Kes penipuan pekerjaan dalam talian atau ‘job scam’ semakin menjadi perhatian apabila sindiket menggunakan iklan media sosial untuk menarik mangsa dengan tawaran pendapatan dan komisen sebelum mengenakan pelbagai bayaran atas alasan deposit, tugasan atau kos pemprosesan.

Berita berkaitan
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
15 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
15 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
October 10, 2026· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
15 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
15 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
15 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
15 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
October 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok