Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi Fadzil memohon kerjasama syarikat swasta untuk memberi kelonggaran kepada para pekerja mereka untuk bekerja di rumah sempena Sidang Kemuncak Asean ke-46 di ibu negara.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata sidang kali ini amat penting dan memohon kerjasama semua pihak bagi menjayakannya demi menjaga nama baik negara.

Fahmi tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Katanya, kali terakhir Malaysia menjadi Pengerusi Asean adalah 10 tahun lalu, dan ia merupakan peluang terbaik bagi mempamerkan kepada dunia tentang progres dilakukan negara khusus dalam aspek pembangunan.
“Saya pun ambil maklum ramai yang mungkin perlu merancang perjalanan mereka, keberadaan mereka di tempat kerja.
“Maka saya mohon supaya terutama syarikat swasta untuk mengambil peluang ini memberikan sedikit ruang kepada para pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.
“Perdana Menteri sebelum ini telah menyatakan agar syarikat-syarikat swasta perlu menggalakkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.
Sebagai Pengerusi dan tuan rumah Asean 2025, Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Asean Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC bermula 26 hingga 27 Mei.
Bersempena dengan persidangan itu, dua mesyuarat peringkat tinggi turut dijadualkan berlangsung iaitu Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak Asean-GCC-China yang akan menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.
Sebagai persiapan menyambut kehadiran pegawai kanan, menteri dan ketua kerajaan ke ibu negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan beberapa latihan dan simulasi keselamatan bagi memastikan kelancaran serta tahap keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.
Blok Asean terdiri daripada negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Anggota lain ialah Brunei, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.
Negara GCC pula merangkumi Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Kuwait.
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi