Tak bincang bubar DUN Negeri Sembilan, sekadar pertemuan biasa dengan Aminuddin

June 2, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mula memperkemaskan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi mesyuarat pimpinan yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun itu diadakan susulan perkembangan politik semasa termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini yang mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan PRN di beberapa negeri lain.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata pertemuan itu bukan mesyuarat khas atau tergempar seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya merupakan mesyuarat biasa pimpinan PH negeri.

“Ia adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas. Ia dinamakan tergempar kerana notis diberikan dalam tempoh singkat selepas pembubaran DUN Johor petang semalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Rasah itu, mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dan memberi fokus kepada kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH bagi menghadapi kemungkinan PRN pada masa terdekat.

“Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH untuk PRN yang bakal menjelang,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa pemimpin PH Negeri Sembilan dilihat hadir ke mesyuarat berkenaan termasuk Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J. Arul Kumar.

Sebelum ini, timbul dakwaan satu mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan pembubaran DUN Negeri Sembilan.

Untuk rekod, Negeri Sembilan antara enam negeri yang tidak membubarkan DUN serentak ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November 2022.

Ketika itu, kerajaan negeri pimpinan PH memilih untuk menamatkan penggal pentadbiran sehingga tamat tempoh sebelum mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Pada PRN lalu, PH berjaya mengekalkan pentadbiran Negeri Sembilan dengan majoriti selesa menerusi kerjasama bersama Barisan Nasional (BN), sekali gus memperkukuhkan pengaruh gabungan itu di negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
11 jam lalu· Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
12 jam lalu· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
5 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
8 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
8 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok